Aku sendiri tidak pasti jika BALAN-BALAN ini sesuai dipanngil "hantu" atau makhluk halus kerana dari cerita masyarakat setempat, BALAN-BALAN sebenarnya adalah MANUSIA yang bertukar dengan rela menjadi lembaga yang melengkapi deskripsi hantu.....
Menurut masyarakat setempat, pertukaran bentuk BALAN-BALAN sebenarnya merupakan satu ritual dalam pengamalan ilmu hitam. Individu yang mengamalkan ritual ini akan memperoleh kebolehan yang menjurus kepada ilmu-ilmu hitam seperti ramalan, pugai, (guna-guna), santau, guris dan banyak lagi ilmu-ilmu yang majoritinya berniat untuk mencederakan musuh si pengamal..
Kebanyakkan versi cerita berkaitan BALAN-BALAN mengatakan mereka yang mengamalkan ilmu ini adalah atas dasar kerelaan hati mereka sendiri. Namun, terdapat segelintir yang bukan dengan rela hati tapi terpaksa untuk menjadi BALAN-BALAN. Kenapa?? Ini adalah kerana ilmu BALAN-BALAN adalah bersifat genetik dan akan diwarisi oleh keluarga si pengamal tidak kira samada mereka rela ataupun tidak. Ia tidak semestinya diwarisi oleh setiap darah daging si pengamal. Ia selalunya melangkau generasi tetapi akan tetap diwarisi.
Selain itu, terdapat juga cerita yang mengatakan bahawa BALAN-BALAN juga boleh dijangkiti (seperti penyakit). Menurut beberapa sumber tempatan, berkongsi garam dengan si pengamal mampu mmbuatkan seseorang itu berisiko untuk dijangkiti. Namun, cerita ini tidak menyatakan dengan jelas bagaimana ianya berlaku atau atas dasar apakah garam si pengamal mampu menyebarkan "penyakit" BALAN-BALAN.
Terdapat BALAN-BALAN yang menyedari akan pertukaran secara paksa yang disebabkan oleh tarikan yang kuat daripada "makanan" mereka dan ada yang langsung tidak sedar... Ada antara mereka yang berusaha sedaya upaya untuk menahan selera makan mereka, dan ada yang langsung tidak dapat melawan.
BALAN-BALAN adalah paling lemah dan tidak berdaya apabila berada dalam keadaan bentuk asal mereka (manusia). Kadangkala, mereka terpaksa menyembunyikan rupa bentuk BALAN-BALAN mereka walaupun dengan ahli keluarga mereka sendiri..
Kenapa aku tiba2 mau cerita pasal BALAN-BALAN?? Tadi aku x dapat tidur, so dari tiada kerja, aku pi la renovate taman depan rumah untuk parti bbq esok/hari ni.. Masa aku sibuk2 pindah pasu-pasu bunga, tiba-tiba pula ada bunyi musang... Arwah nenek aku selalu cakap, bunyi BALAN-BALAN sebiji macam bunyi musang.. Pastu baru aku teringat pasal benda ni... hehehe...
Huh!!! Sambung lagi next post.... penat lak menaip psl BALAN-BALAN ni... hehe..
See ya,,, (^___________^)